Josely Taising tekad beri khidmat terbaik untuk rakyat DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Bakal calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi kawasan DUN Kadamaian Josely Taising berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan tersebut sekiranya diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Jika rakyat memberi saya mandat dalam PRN17 nanti, saya berjanji akan terus peka dengan harapan pengundi Kadamaian. 

“Kita mahu perubahan, bukan janji kosong. Kita mahu pembangunan yang menyeluruh dan seimbang,” katanya.

Josely berkata demikian dalam ucapannya sempena forum Himpunan Pemuda, Puteri dan Wanita KDM Kadamaian yang dihadiri Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda di Dewan Gopog, Taginambur pada Ahad.

Josely turut menggariskan beberapa pelan strategik untuk memperhebatkan lagi program pembangunan di kawasan DUN Kadamaian.

Katanya ini termasuk memantapkan infrastruktur asas, membangunkan ekonomi tempatan, memperkasakan pendidikan dan latihan kemahiran untuk golongan belia, memastikan suara rakyat Kadamaian didengar di setiap peringkat.

Josely berkata tumpuan juga diberikan kepada usaha mewujudkan suasana politik

 yang stabil dan matang. 

“Kita sokong parti tempatan yang berjiwa rakyat. Parti KDM ialah suara orang Sabah – suara kita sendiri. 

“Hanya dengan kestabilan politik, pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles