KIULU: Sambutan Hari Sungai Sedunia mampu meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan menjaga dan memastikan kelestarian sungai serta menghargai sungai sebagai salah satu sumber khazanah negeri ini.
Menyedari kepentingan memelihara sungai , SK Mantob Kiulu mengambil inisiatif untuk turut serta menjayakan program menanam pokok dan membersihkan kawasan tepi sungai berdekatan SK Mantob sempena sambutan peringkat daerah Tuaran itu pada Ahad.
Guru Besar SK Mantob Romie Boliku berkata program anjuran bersama Pejabat Parlimen Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran itu, antara lain, bertujuan mengawal hakisan tebing di tepi sungai.
Beliau berkata program tersebut disertai warga sekolah termasuk guru-guru, ibu bapa dan ahli PIBG.
Penyertaan sekolah adalah hasil inisiatif Guru besar SK Mantob, Penolong kanan, En Jimin Tibin, Penolong Kanan pentadbiran En Modian Magulizang dan Yang Dipertua PIBG En Johnymond.