KOTA KINABALU- Sabah Electricity mengesahkan bahawa jenazah anggota kerja Sabah Electricity yang dihanyutkan oleh arus deras ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Kampung Tuntunan, Apin-Apin telah ditemui.
Mangsa ditemui pada jam 6.18 petang di Sungai Liau, Kampung Laut oleh Team Gelen Star dan jenazah Masedeh bin Rosmin, 35 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sabah Electricity amat berdukacita dengan kehilangan ini dan merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga yang ditinggalkan.
Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak berkuasa dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam misi pencarian dan menyelamat, khususnya Team Gelen Star, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota kerja Sabah Electricity yang turut serta membantu misi pencarian.