Wetrom umum tiga bakal calon KDM PRN Sabah

TAMPARULI: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan tiga bakal calon yang akan bertanding dalam kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Timbalan Presiden KDM Datuk Wetrom Bahanda membuat pengumuman itu pada majlis santai bersama KDM Zon Tenghilan di Dewan SRA Tenghilan pada Ahad.

Naib presiden KDM yang juga bekas Profesor Madya UMS Dr Gaim James Lunkapis diumum sebagai bakal calon KDM DUN Tamparuli. Kerusi itu kini diwakili oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Ahli politik berpengalaman yang juga Ketua Bahagian KDM Kota Belud Datuk Almudin Kaida turut diumumkan sebagai bakal calon DUN Pintasan, Kota Belud.

Turut disebut sebagai bakal calon ialah Ketua Penyelaras KDM Moyog, Mckery Victor

yang akan bertanding di DUN Moyog.

“Tiada lagi bunga-bunga ini (PRN sudah dekat), kita umumlah ketiga-ketiga bakal calon ini yang hadir pada majlis di Tenghilan {hari ini.

“Insya-Allah mereka akan meraih kejayaan dalam PRN nanti. Calon-calon yang kita ketengahkan nanti terdiri daripada kombinasi golongan profesional, pemimpin muda dan berpengalaman. katanya.

Wetrom turut menzahirkan keyakinan jika “ngam timing”, KDM akan menjadi tulang belakang kerajaan negeri yang bakal dibentuk.

“Ini tidak mustahil boleh dicapai jika rakyat, khususnya penyokong KDM bersatu,” katanya.

Menurutnya, Sabah masih ketinggalan daripada segi pembangunan, khususnya infrastrukur jalan raya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Oleh itu, Wetrom berkata sudah tiba masa rakyat Sabah bangkit untuk melakukan perubahan demi kebaikan dan masa depan yang cerah pada masa depan.

Beliau berkata KDM yang akan bertanding secara solo akan memastikan parti tempatan itu berada dalam blok kerajaan Sabah selepas PRN.

“Ini yang rakyat inginkan dan kita pastikan impian ini akan menjadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Gaim yang juga Ketua Penyelaras KDM Tamparuli membangkitkan beberapa masalah yang dihadapi penduduk Tenghilan iaitu masalah air, banjir di kawasan pekan dan ketiadaan ATM untuk mengeluarkan wang tunai.

“KDM akan berusaha membetulkan keadaan ini jika diberi mandat pada PRN akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles