KOTA KINABALU: Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mengetuai rombongan
WiraMuda Star Sook dan Wiramuda Tulid melawat Beluran bagi memberi sokongan moral dan membantu rakan WiraMuda Labuk dan Telupid menyelami keperluan belia di kawasan itu.
Beliau berkata antara isu yang dibangkitkan semasa lawatan pada Jumaat itu ialah keperluan infrastruktur sukan dan masalah dana di sayap Wiramuda.
“Kita sedia membantu setakat yang mampu. Inilah adalah antara komitment saya terhadap Parti Star Sabah khususnya Sayap Wiramuda StarSabah.
“Ia juga selaras dengan misi sayap Wiramuda Star Sabah untuk memperkuatkan parti Star di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selepas melawat Beluran, Jordan turun padang ke Nabawan pada Sabtu.
Semasa lawatan di Nabawan, beliau telah menghulurkan sumbangan kepada Tuan Yayasan Dalimpos dari Pagalungan untuk mengurangkan beban kos yuran anaknya yang belajar di Universiti Malaysia Sabah.