Gagasan Rakyat adalah suara dan harapan rakyat, bukan sekadar parti politik – Dr Victor

Oleh John T

TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Dr Victor P Paut menggesa ahli parti dari cawangan paling atas ke akar umbi paling bawah bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-17 tahun ini.

Beliau mahu ahli parti menguatkan saf, memperkemaskan strategi, turun ke padang, pegang tangan rakyat, dan yakinkan mereka bahawa masa depan Sabah adalah bersama Gagasan rakyat.

“Teruslah mendampingi rakyat. Kita bukan sekadar parti politik. kita adalah suara dan harapan rakyat. Dengarlah keluhan mereka, tataplah wajah mereka, dan hulurkan bantuan sedaya mampu.

Rakyat tidak meminta bulan dan bintang, mereka hanya mahu pemimpin yang jujur, yang hadir saat mereka memerlukan,” katanya.

Beliau berlata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan Kali Ke-3 Bagi Tahun 2025, di Pisompuruan Square, disini pada Ahad, 15 Jun 2025.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, Mohd Yassin Mohd Yunus, Hussein Hassan (Naib Ketua Bahagian); Mohd Hajjaz Iqbal (Setiausaha Bahagian)Rahim Bin Yasin (Ketua Penerangan); Ar Rafi Bin Yasin, (Ketua Pergerakan Pemuda) dan Vianney Evanna Vide (Ketua Pergerakan Beliawanis).

Hadir sama pemerhati Gagasan Rakyat Bahagian Bingkor Denis Bin Gapilit bersama rombongan.

Victor juga menggesa ahli parti mengekalkan momentum dan semangat kerja keras serta meneruskan usaha memperkukuh keahlian, membina kepercayaan, dan menggerakkan jentera dari kampung ke kampung, mukim ke mukim.

“Kita mahu Gagasan Rakyat dirasai bukan hanya semasa pilihan raya, tetapi sentiasa sebagai sahabat dan penyambung harapan mereka.

Rapatkan saf perjuangan. Perjuangan ini terlalu besar untuk kita biarkan perbezaan kecil memecahkan kita. Marilah kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sesungguhnya, kekuatan kita terletak pada kesatuan hati dan tekad yang satu demi Sabah tercinta.

Dr Victor berkata, beliau sendiri, sebagai Ketua Bahagian, tetap komited untuk menyumbang kepada rakyat Tambunan, biarpun bukan sebagai wakil rakyat.

“Keprihatinan saya terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat Tambunan akan terus menjadi keutamaan dalam setiap langkah saya,” katanya.

Beliau juga menggesa ahli parti untuk menghadapi PRN ke-17 dengan semangat juang yang tinggi tanpa gentar dan tanpa goyah.

“Kita tidak bertanding demi kuasa, tetapi demi masa depan, demi kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat Sabah yang kita cintai,” katanya.

Dr Victor menegaska, Gagasan Rakyat Tambunan kekal berdiri teguh menyokong penuh kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Katanya, di bawah kepimpinan Hajiji, Sabah telah mula melangkah keluar dari bayang-bayang masa lalu menuju satu era pembangunan, kestabilan dan maruah yang lebih tinggi.

Katanya, Gagasan Rakyat Tambunan akan menjadi barisan hadapan dalam memastikan kemenangan GRS dalam pilihanraya yang akan datang! Dan kita tidak akan mundur walau selangkah, tidak akan undur walau diuji.

“Kerana kita tahu, perjuangan ini bukan untuk diri kita sahaja, tapi untuk generasi akan datang,” katanya dan mengajak ahli parti untuk terus bersatu, bergerak sebagai satu pasukan yang teguh dan berani. Jadikan persidangan ini sebagai medan memperkukuh iltizam, menyusun kekuatan dan menyemarakkan bara semangat perjuangan.

Pada majlis itu, Dr Victor turut menerima sebanyak 166 borang keahlian baru Gagasan Rakyat daripada cawangan Tudok, Tiang Tonop, Minonun, Monsorulung da Dabata.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles