TAWAU : Proses kelulusan penyukatan tanah pewartaan perkampungan.akan dipercepatkan bagi memastikan empat kampung setinggan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan akan memperoleh kelulusan dalam tempoh terdekat.
Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah, berkata, tidak timbul soal isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kerana penduduk sudah lama mendiami kawasan perkampungan setinggan melebihi 40 tahun lalu.
Katanya, ketika ini bergantung kepada penduduk kampung untuk mempercepatkan proses mengemukakan permohonan dokumentasi ke Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) daerah Tawau.
āKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama jemaah kabinet sudah bersetuju untuk meluluskan 88.54 ekar membabitkan Kampung Sri Menanti, Airport Lama, Sentosa Blok 4 serta Kampung Hiltop Tawau.
āIni bukti surat permakluman kelulusan tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat JTUā¦Jangan hina saya hanya berniat untuk membantu rakyat, kita buat semua ini hanya untuk memastikan perkampungan setinggan ini dapat tinggal tanpa ada sebarang gangguan,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan lebih 500 Penduduk Kampung Sentosa Blok 4 Tawau Sabah di sini semalam.
Liew berkata, selepas diluluskan kelak perkampungan ini nanti akan mudah menerima bantuan kerajaan termasuk kemudahan Dewan Serbaguna, Jalan Raya serta Bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
āAda segelintir orang mempertikarkan kelulusan ini, menuduh serta menghina saya kononnya kelulusan ini tidak mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat.
āJangan hasrut rakyat membenci kitaā¦Kami ikhlas membantu rakyatā¦Mari bersama-sama bekerja untuk memastikan kelulusan cepat dapat diperoleh agar mudah membuat perancangan jangka masa panjang untuk menyusun semula perkampungan setinggan di DUN Kukusan ini,ā jelas Liew.
Menurutnya, selepas kelulusan pewartaan perkampungan ini diperoleh terpulang kepada rakyat di DUN Kukusan sama ada memberikan sokongan kepada kerajaan atau sebaliknya pada PRN Sabah akan datang.
āJika kamu rasa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini bagus serta membantu rakyat teruskanlah sokong untuk memastikan kerajaan ini kembali memerintah semula.
āKetika ini kerajaan belum bubar, kelulusan ini merupakan kepentingan rakyat di DUN Kukusanā¦.Bukan untuk saya, tetapi untuk kepentingan rakyat pada masa depan kita berusaha sebaik mungkin untuk selesaikan masalah mereka,ā katanya.
Beliau berkata, beliau menunjukkan resit pendaftaran tanah bagi memboleh proses pendaftaran pewartaan dapat dijalankan oleh JTU daerah Tawau.
āSelama tidak menjadi wakil rakyat, saya sentiasa berjuang untuk kepentingan mereka dengan menggunakan kewangan sendiri membantu mereka yang memerlukan.
āApa yang penting rakyat bersatu hati, tanpa kira bangsa dan agamaā¦Matlamat kita adalah untuk memastikan masalah setinggan di DUN Kukusan dapat dibenteras pada masa depan,ā tambah Liew.
