Ewon Tinjau Program Gotong Royong Baiki Jalan Dewan Kg Tamalang Taginambur

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meninjau program gotong-royong membaiki sebahagian jalan menuju ke Dewan Kampung Tamalang Taginambur, di sini, hari ini.

Advertisements

Peruntukan menaiktaraf sebahagian jalan itu dibiayai menggunakan peruntukan Program Sentuhan Kasih (Touchpoints) Adun Kadamaian.

Awal bulan ini semasa meninjau kemudahan baharu dewan kampung itu dan menyertai Santai Badminton bersama belia Kg.Tamalang, Ewon bersetuju menyediakan peruntukan Sentuhan Kasih membaiki sebahagian jalan menuju ke dewan berkenaan untuk keselesaan orang ramai yang berkunjung ke dewan itu.

“Sebagai tanda sokongan, saya meluangkan masa meninjau program gotong-royong yang dijayakan oleh para belia dan penduduk kampung ini.

“Jalan masuk ke dewan ini telah dibina konkrit dengan peruntukan yang saya salurkan pada tahun lepas.

“Bagaimanapun masih ada bahagian jalan yang belum konkrit dan menyebabkan kereta kecil tersangkut. Justeru, saya setuju gunakan peruntukan Sentuhan Kasih ADUN tahun ini untuk membaiki jalan berkenaan yang dilaksanakan secara gotong-royong,” katanya.

Dewan Kg.Tamalang adalah antara hasil komitmen dan usaha Ewon sebelum ini untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung.

“Dewan ini adalah antara hasil usaha perkhidmatan kita yang dibina pada tahun lepas dan kini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti rakyat.

“Saya berharap dewan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk melaksanakan aktiviti sukan seperti badminton dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain,” katanya.
Attachments area

Related Articles

253FansLike

Latest Articles