Pemimpin Masyarakat Perlu Perkemas Pengetahuan Tangkis Fitnah dan Berita Palsu – Masiung

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Pemimpin masyarakat terdiri daripada Pengamal adat, Pemaju Masyarakat dan Pemaju Mukim hendaklah memperkemaskan pengetahuan bagi menangkis fitnah dan berita palsu yang dilemparkan kepada kerajaan.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, menegaskan pemimpin akar umbi juga wajar bersedia dengan maklumat tepat bagi memberi pencerahan kepada penduduk mengenai spekulasi negetif yang dimainkan oleh ekstremis politik.

Beliau berucap merasmikan Majlis Amanat ADUN Kuamut di Dewan Majlis Daerah di sini, semalam.

” Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin di peringkat daerah yang cuba memainkan isu kritikal untuk menjatuhkan kerajaan, ” tegasnya.

Masiung mahukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua-ketua Kampung hendaklah menimpa pengetahuan  sahih dan hadir setiap kursus sebelum menyampaikan maklumat kepada penduduk.

Menurutnya, ekstremis politik terutama penyokong pembangkang seringkali menggunakan media sosial untuk menyampaikan dendam politik mereka kepada kerajaan.

Pengerusi Kumpulan Sedco bertaraf menteri itu berkata, sebagai pemimpin daerah yang telah dilantik atau dipilih mereka harus peka dengan program pembangunan kerajaan.

Masiung berkata, setiap projek luar bandar yang akan dan bakal dilaksanakan tidak wujud dengan sekalip mata, melainkan setelah membuat perancangan yang matang terlebih dahulu.

Pemimpin akar umbi juga hendaklah melengkapkan pengetahuan khusus apabila memberi pencerahan ke atas isu air, elektrik dan jalan raya yang dimainkan pihak pembangkang.

Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee dan Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Tokyo Hasim Omar adalah antara 250 pegawai dan6 kakitangan kerajaan yang hadir pada majlis tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles