KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini pada Khamis.
Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad menerima bagi pihak w Pusat Zakat Sabah.
Majlis tersebut juga dihadiri oleh Ketua Bahagian Zakat MUIS, Iwansuzaire Hari; Ketua Sektor Operasi & Wilayah, Daahlan Marali dan Ketua Unit Zakat Perniagaan MUIS, Muhammad Nur Iskandar.
Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.
“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” ujar beliau.
Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf dan pengurusan Cement Industries (Sabah).Sdn. Bhd.