Datuk Dexter Lau – Usahawan Prihatin Terus Menyantuni Masyarakat Melalui Jelajah Iftar 2025

SEPANGGAR: KTC dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah, meneruskan Jelajah Iftar 2025 ke destinasi keempat di Sepanggar hari ini.

Advertisements

Program itu meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Darau, dan Inanam dengan matlamat menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis Iftar yang berlangsung di Masjid Al A’la Kampung Lokub, Sepanggar menyaksikan pengagihan juadah berbuka puasa dan sumbangan wang saku raya dari Sawit Kinabalu kepada golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal, serta golongan B40. Lebih 400 orang hadir dan 40 orang menerima sumbangan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah UPPM Sabah, Datuk Haji Awang Kadin, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Roland Chia, Lembaga Penasihat DBKK Datuk Arshad Idris, pemimpin setempat, pegawai kerajaan tempatan, eksekutif KTC, serta wakil UPPM.

Tetamu kehormat merangkap Lembaga Penasihat DBKK Datuk Arshad Idris berkata, adalah harapan beliau untuk mengumpulkan golongan yang memerlukan di setiap kawasan untuk mengadakan majlis berbuka puasa sehingga bulan Syawal, mahupun secara kecil-kecilan.

Beliau juga berterima kasih kepada KTC atas penajaan tahun kedua ini. Semoga dengan sokongan berterusan, pihak KTC dapat memperluaskan lagi kawasan tajaan pada tahun depan.

Datuk Roland Chia pula berkata, negeri Sabah negeri yang unik, dimana rakyat berbilang kaum menyambut perayaan bersama. Beliau juga memuji inisiatif KTC dan UPPM Sabah membantu golongan asnaf dan miskin tegar, dan juga turut bersama kerajaan negeri Sabah mewujudkan peluang pekerjaan, menyelesaikan masalah miskin tegar, seterusnya merealisasikan pelan pembangunan halatuju SMJ 1.0.

Manakala Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berharap program penajaan ini dapat diteruskan pada tahun depan di bawah pentadbiran kerajaan baharu. Ini penting kerana tahun ini bakal menyaksikan pilihan raya negeri Sabah, dan semua pihak harus bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.

Beliau berkata, bisnes KTC terus berkembang pesat, dan sebagai pihak swasta yang menerima keuntungan, tetap mengingati dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Datuk Dexter gembira untuk berkongsi rezeki, kerana beliau percaya apa yang diberikan akan dikembalikan dengan lebih banyak berkat.

Sejak tahun 2010, Datuk Dexter Lau merupakan ahli Young Presidents’ Organisation (YPO), sebuah organisasi eksklusif yang menghimpunkan ketua eksekutif dan pemimpin perniagaan dari lebih 130 negara. Keahlian dalam YPO hanya diberikan kepada individu yang mencapai kejayaan luar biasa pada usia muda serta menunjukkan daya kepimpinan unggul. Datuk Dexter Lau bukan sahaja berjaya mencapai piawaian tinggi ini, tetapi juga merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia Timur dalam organisasi global berprestij ini, mencerminkan daya saing dan keunggulannya di peringkat antarabangsa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles