TAMBUNAN: Dua badan komuniti Tambunan masing-masing menerima sebuah motosikal baharu hasil tajaan sumbangan Penyelaras PGRS DUN Tambunan Dato’ Victor Peter Paut di sini.
Penerima pertama mewakili Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Puan Paula Damian berkata, motosikal berkenaan akan dijadikan hadiah utama cabutan tiket bertuah sempena perayaan ulangtahun KRT Ke-21 pada hujung bulan ini nanti.
Penerima kedua pula merupakan wakil umat atau Jawatankuasa Penyelaras Perayaan Ulang Tahun KUK St Agnes, Ulu Nandal Tambunan.
Kedua-dua pihak penerima mengucapkan penghargaan dan jutaan terimakasih diatas keprihatinan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada Victor.
