Jelajah Iftar 2025 Bermula Di Kudat

KUDAT:Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah, telah melancarkan Jelajah Iftar 2025 hari ini di Dewan Tun Mustapha, Kudat, dengan mengagihkan juadah iftar kepada golongan asnaf, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, anak yatim piatu dan golongan B40 di Banggi, Bengkoka, Pitas, dan Tanjong Kapor. Inisiatif ini bertujuan menyantuni golongan kurang berkemampuan di 25 kawasan Parlimen di Sabah.

Advertisements

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau, merupakan seorang peguam yang telah membina kerjaya cemerlang dalam bidang undang-undang sebelum beralih kepada dunia perniagaan.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam menguruskan perniagaan, beliau telah menunjukkan kebolehan kepimpinan luar biasa yang membolehkan syarikat berkembang secara mampan serta mencapai rekod prestasi korporat yang cemerlang. Kepakaran beliau dalam strategi korporat, pengurusan risiko, dan inovasi telah menjadikan beliau seorang pemimpin yang disegani dalam industri.

Jelajah Iftar 2025 pada hari pertama ini turut dihadiri oleh ADUN Tanjong Kapor YB Datuk Ben Chong dan isteri, Pengarah UPPM Sabah Datuk Haji Awang Kadin Tang, pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan tempatan, eksekutif KTC, dan wakil UPPM.

Program ini bukan sahaja mengukuhkan ikatan kemasyarakatan, malah mencerminkan komitmen KTC dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Datuk Ben Chong mengucapkan terima kasih kepada Pengarah UPPM Datuk Awang Kadin dan Pengarah Eksekutif KTC Datuk Dexter kerana mengadakan Majlis Iftar yang amat bermakna ini, memanfaatkan golongan kurang berkemampuan di Kudat, seterusnya mengukuhkan perpaduan dan persahabatan antara pelbagai kaum.

Sejumlah 400 orang hadir ke Majlis Iftar hari ini. 40 orang menerima sumbangan wang saku Raya dari Jetama Water Sdn Bhd.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles