KENINGAU: Prihatin dengan nasib penduduk luar Sabah khususnya di kawasan Tulid, pemuda Star turun padang menghulurkan sumbangan kepada gereja di Kabatang Baru, Tulid.
Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron menyerahkan sumbangan itu kepada Wakil gereja kabatang baru Rinusin Umin untuk pembelian peralatan musik.
“Saya tahu Wakil rakyat seluruh Sabah memang mempunyai peruntukan yang terhad dan di mana yang saya boleh bantu, saya bantu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jordan berkata beliau yakin kerajaan negeri sedia ada akan terus membela nasib rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan Agama termasuk kemudahan peralatan musik Gereja.