Tunjukkan sifat kepimpinan kepada rakyat

KENINGAU: Para pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) digesa untuk memperlihatkan sifat kepimpinan dalam kalangan ahli parti dan masyarakat khususnya di Liawan dan Bingkor.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr. Joachim Gunsalam dalam Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS DUN Bingkor dan Liawan ke-35 berkata sekarang adalah masa untuk bekerja memantapkan parti sebagai persediaan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pemimpin akar umbi PBS di sini kerana menyandang jawatan yang dilantik bersama dengan parti-parti bersekutu yang lain dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita berterima kasih kepada rakan sekutu parti STAR khususnya wakil rakyat di Bingkor kerana melantik mereka,” kata Dr. Joachim.

“Walaupun sedikit saja yang dilantik, namun ia tidak menghalang untuk terus berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat di Bingkor dan Liawan”, kata Dr. Joachim lagi.

“Kamu ada tanggungjawab yang besar. Oleh Itu, pemimpin yang diamanahkan hendaklah melaksanakan tugas dengan penuh hemah dan dedikasi.

“PBS adalah parti yang murni dan perjuangannya adalah mempertahankan hak-hak rakyat di Sabah tanpa mengira kaum dan agama”, jelas Dr. Joachim.

Sementara itu, Ketua Bahagian PBS DUN Bingkor Peter Jino Allion berkata, perjuangan PBS adalah untuk demi rakyat dan mempertahankan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Beliau juga berterima kasih di atas pemberian jawatan oleh kerajaan GRS dalam kalangan ahli PBS DUN Bingkor.

Peter juga mengesa ahli parti untuk terus bekerja keras untuk memantapkan kekuatan parti.

Pada majlis yang sama, Ketua Bahagian PBS DUN Liawan, Zachary Kinsik menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong kepimpinan parti yang diketuai oleh Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Maximus J. Ongkili.

Terdahulu, Dr. Joachim merasmikan majlis AGM PBS DUN Membakut.

Dalam ucapannya, beliau menyeru kepimpinan sebuah parti itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan ahli-ahli bukan atas kepentingan diri sendiri serta mempunyai perlu pendirian yang kukuh agar PBS tetap menjadi parti yang relevan dalam kalangan rakyat.

Kepimpinan di peringkat akar umbi perlu menarik lebih ramai keahlian khususnya dari kalangan muda.

“Saya berharap semua golongan belia akan terus berjuang dan saranan saya kepada Pemuda PBS untuk mencari ahli baharu dan mencari bakal pemimpin di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS merangkap Ketua Bahagian PBS DUN Inanam, Fredoline Totin dan Naib Presiden merangkap Ketua Pemuda PBS, Christopher Mandut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles