PBS terus konsisten perjuang hak rakyat Sabah

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan pendiriannya untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah, sejajar dengan peranannya sebagai parti politik tertua di negeri ini sejak 40 tahun lalu.

Advertisements

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, parti itu kekal konsisten dalam mempertahankan hak istimewa rakyat Sabah dan komited terhadap prinsip politik berbilang kaum.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penubuhan Bahagian PBS Darau dalam satu majlis di Zenia Steamboat dan Grill, Sepanggar, pada Rabu.

Majlis itu dihadiri kira-kira 300 orang, termasuk pemimpin tertinggi parti dan ahli-ahli PBS.

Menurut Dr. Joachim, selain memperjuangkan hak rakyat, PBS juga bertekad untuk memastikan pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat Sabah setanding dengan negeri-negeri maju di Semenanjung.

“Kita mahu kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang setaraf dengan di Semenanjung,” katanya.

Beliau turut mengajak ahli PBS Darau untuk menghayati kembali Semangat 85 yang menjadi asas perjuangan parti sejak penubuhannya.

Dalam pada itu, Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Marsya @ Norhaizah Abu Bakar atas kejayaannya menghidupkan semula PBS Darau dan berharap bahagian tersebut terus kukuh serta memberi komitmen sepenuhnya kepada parti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun yang juga Pengerusi Tetap mesyuarat, Ketua Pergerakan Pemuda (KPP), Dr. Christoper Mandut, Setiausaha Eksekutif PBS Mesilus Roman, serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles