Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kerja berpasukan

KOTA KINABALU: Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pekerja dan corak pentadbiran organisasi terbabit

Advertisements

Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS), Datuk Japlin Akim berkata keupayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pekerja itu mengamalkan semangat berpasukan ‘teamworks’.

Beliau berkata CIS sentiasa komited untuk memasti semua kumpulan kakitangan baik dari pengurusan kilang atau jenama, akan terus memberikan usaha jitu dalam menjayakan misi CIS.

“Sebagai sebuah GLC, pastinya kita ada tanggungjawab dan amanah untuk negeri kerana syarikat ini adalah syarikat yang menjadi antara satu daripada berpuluh atau beratus GLC lain yang mesti menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.

Tambah beliau baru-baru lalu, CIS telah menerima Anugerah Top 10 Pengguna Kuasa Besar (Sabah Electricity Top 1 Large Power Consumer) 2024 merupakan satu pencapaian besar bagi syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS).

“Sebagai salah satu syarikat GLC Sabah, anugerah yang pertama kali diterima itu juga pencapaian yang membanggakan kepada seluruh kakitangan syarikat.

“Anugerah ini merupakan satu pencapaian besar dan pertama kali diterima oleh CIS. Kita berharap SESB akan terus mengekalkan prestasi dengan baik dalam membekalkan elektrik yang mencukupi secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Tahun Baru Cina Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd di Sepanggar semalam. Anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi Kakitangan CIS (CISRA).

Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof, Pengurus Kanan Jualan dan Logistik, Melvyn Yong, Pengurus Kanan Kualiti, Alimat Anuar Salam, Pengurus Kanan Sumber Manusia, Ezrie Ag Raini serta pihak pengurusan CIS dan kakitangan.

Menurut Japlin negeri Sabah adalah contoh terbaik perpaduan kaum di Malaysia dan ini terbukti melalui sambutan perayaan yang melibatkan semua masyarakat tanpa mengira agama atau etnik. Ia diraikan bersama-sama sebagai tanda hormat terhadap budaya dan tradisi masing-masing.

Katanya. perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Deepavali dan Krismas bukan sahaja mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat tetapi juga memberi peluang kepada rakyat untuk berkongsi kegembiraan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles