Penduduk kampung rayu wakil rakyat segera laksana naiktaraf jalan simpang ke gereja SDA Mantob tengah

KIULU: “Waktu kemarau jalan berabuk, waktu hujan jalan berlopak”. Inilah antara luahan penduduk kampung Mantob tengah yang sudah berpuluh tahun menanti dan menghitung hari agar jalan simpang sejauh sekitar setengah kilometer ke kawasan Gereja SDA Mantob segera dinaiktaraf atau diturap.

Advertisements

Penduduk kampung Mantob tengah Gundohing Justin Gosibin berkata difahamkan rayuan demi rayuan telah dibuat termasuk rayuan lisan namun usaha murni penduduk itu hanya sia-sia kerana tidak dilayan dengan sewajarnya.

“Saya sendiri bersabar dan mendiamkan diri berpuluh-puluh tahun namun tiada tanda-tanda jalan kampung dari jalan besar ke Gereja SDA Mantob dinaiktaraf.

“Jadi hari ini saya luahkan isi hati yang amat kecewa dengan situasi sebegini.

(“Hilo nopo dombokon kampung olumis noh ralan sumuang id pegilitan walai, hiti po kopio Mqntob tengah miagal lo ralan.magadau ogumu habuk rumasam haro lolobuhon,”)

“Sebab itu, kita merayu habis-habisan agar wakil rakyat yang ada sekarang mendengar keluhan rakyat naiktaraf jalan ini sebelum PRN,” katanya dalam coretan terbaharunya di media sosial.

Bekas Ketua Kampung Mantob Midin Lobintang berkata sewaktu dia memegang jawatan itu, beliau sendiri telah menyenaraikan Simpang Jalan Besar ke Gereja SDA Mantpb ini dan juga di kawasan berdekatan Jambatan Gantung untuk dinaiktaraf untuk memberi keselesaan murid sekolah yang melintasi jalan itu.

“Apa yang saya nampak jalan ini hanya mampu ‘dibubuh’ batu kelikir. Saya juga dimaklumkan pemimpin kampung mantob lain juga ada memohon jalan ini dinaiktaraf dan ada juga yang hantar rayuan terus ke pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah…malangnya semuanya gagal membuahkan hasil,” katanya.

Midin berpendapat sudah tiba masanya pembangunan pelancongan di Kiulu diseimbangkan dengan penyediaan keperluan asas atau infrastruktur demi kebaikan semua pihak.

“Saya rasa jalan simpang ke Gereja SDA Mantob ini tidak pun sampai 1 kilometer tapi susah sangat dinaiktaraf. Jalan simpang ke Gereja Tolong pun sudah diturap.

“Apapun kita harap dengan jumlah peruntukan berbilion paling besar untuk pembangunan di Sabah tahun ini, kita di kampung Mantob dapat terima sedikit tempias limpahan pembangunan seeloknya sebelum PRN hujung tahun ini,” kata Midin sambil meluahkan perasaan menerusi lirik lagu fames awal pagi berjadual “Carila ia (laksanakan lah) selagi ada waktu”.

Sementara itu, Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Henry Saimpon turut menyatakan sokongan penuh kepada rayuan penduduk kampung Mantob itu.

Katanya rayuan penduduk kampung memang ada asasnya dan jalan masuk kg yang dipohon untuk diturap pun tidak sampai 1 kilometer.

Henry berkata inilah masanya untuk membuktikan kejayaan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan bukan sekadar permainan kata-kata dibibir mulut sahaja.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles