Semua parti politik tempatan mungkin akan bertanding secara “free for all” pada PRN-17 – Musli Oli

KOTA KINABALU: Menyesurui sejarah politik Sabah yang sukar diramal, terdapat beberapa kemungkinan akan berlaku selepas DUN Sabah dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) ke-17.

Advertisements

Menurut penganalisis politik dan penulis buku Gundohing Musli Oli berkata senario yang pertama mungkin menyaksikan
kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang terjalin diperingkat Pusat akan diteruskan dalam PRN Sabah.

Katanya keputusan kerjasama PH-BN telah diputuskan diperingkat kepimpinan tertinggi dan diumumkan pengerusi BN Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

“Kerjasama kerajaan perpaduan itu difahamkan akan menawarkan kerjasama dengan GRS tetapi GRS mesti mengikut terma yang ditentukan PH-BN.

“Terma dan syarat kerjasama itu antara lain menetapkan 50% (37) daripada 73 kerusi DUN mestilah diberikan kepada PH-BN,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Musli berkata PH-BN juga dijangka menawarkan kerjasama dengan parti-parti politik lain termasuk dengan parti Warisan dan PKDM atau lain-lain parti politik yang mahu mengadakan kerjasama jika syarat dan terma tidak persetujui GRS.

“Syarat dan terma kepada parti-parti lain adalah sama iaitu PH-BN mesti bertanding sekurang-kurangnya 37 kerusi kerusi DUN,” katanya.

Senario lain pula, katanya, GRS dikatakan dalam pada itu boleh memilih untuk bertanding secara bersendirian seperti GPS di Sarawak.

“GRS yang terdiri daripada 8 komponen parti politik tempatan boleh memilih bertanding di semua 73 kerusi DUN,” tambah beliau.

Kemungkinan lain, menurut Musli, semua parti-parti politik tempatan akan bertanding secara free for all.

“Manakala PH-BN akan kekal berkerjasama untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles