Warisan tekad struktur semula Yayasan Sabah, pendidikan percuma bermula sekolah rendah jika menang PRN – Shafie

KOTA MARUDU: Parti Warisan Sabah (Warisan) bertekad untuk menstrukturkan semula Yayasan Sabah sekiranya parti tempatan itu berjaya mengambil alih tampuk pemerintahaan kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Advertisements

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu juga berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma bermula di peringkat sekolah rendah.

Selain itu, beliau berkata Warisan turut merancang untuk menambah jumlah biasiswa bagi memberi peluang yang luas kepada pelajar Sabah yang layak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

“InsyaAllah, jika ditakdirkan Warisan memerintah selepas PRN, kita akan menstrukturkan semula Yayasan Sabah.

“Yayasan Sabah kaya dan kita gunakan sebaik mungkin dana yang ada untuk menolong rakyat Sabah, terutama dalam bidang pendidikan,” katanya.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata demikian ketika berucap pada majlis Jelajah Presiden Warisan di kawasan Parlimen Kota Marudu pada Ahad.

Mohd Shafie turut memberi komitmen untuk mendirikan kilang-kilang di kawasan luar bandar, termasuk Kota Marudu, Keningau dan Sipitang sekiranya diberi mandat mentadbir negeri ini.

Menurutnya pendekatan seumpama itu wajar diberi perhatian bagi memberi peluang kepada anak muda Sabah mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata ramai anak muda tempatan yang kini bekerja di kilang-kilang di merata tempat di semenanjung disebabkan kurang peluang pekerjaan di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles