Penubuhan JPKP, JKDM satu keperluan bagi sesebuah kampung – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU : Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri ini merupakan satu keperluan bagi memudahkan urusan kerajaan dalam mentadbir urus sesebuah kampung dan menggerakkan segala aktiviti kemasyarakatan selain menjadi medium penyaluran maklumat kepada rakyat.

Advertisements

Menurut Ketua Umno bahagian Keningau Nak Mohd Nadzri Nik Haji Zawawi penubuhan (JPKKP) di negeri ini tidak timbul isu pertindahan dari segi fungsi dan peranannya dengan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri meskipun ada pihak yang mempertikaikan penubuhan (JPKKP) yang mereka dakwa boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.

“JPKKP dan JKKK merupakan dua badan yang berbeza tidak timbul isu pertindahan tugas apalagi boleh memecahkan perpaduan rakyat di negeri ini,malah ianya memberikan kebaikan kepada rakyat di negeri ini agar proses menjana kemajuan khususnya di luar bandar dapat diperkasakan,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi JPKKP dan Kimuniti Desa Madani dekat sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Giat Mara Keningau berharap mereka yang dilantik dapat memainkan peranan yang efektif sebagai perancang dan pelaksana program-program di kampung.

Katanya wakil JPKKP dan JKDM perlu mempunyai upaya untuk menggerakkan penglibatan komuniti setempat dan menjadi penghubung di peringkat akar umbi yang akan menyampaikan masalah dan aduan kepada pihak berkuasa apabila berlaku sesuatu isu

“Dengan amanah yang diberikan ini setiap pengerusi JPKKP dan JKDM perlu memikul tugas serta tanggungjawab yang diberikan dalam mengwujudkan kampung yang Sejahtera sejajas dengan konsep MADANI,” tegas Nik Mohd Nadzri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles