Sudah tiba masa menoktah politik “Wayang Kulit” di Sabah – Salman

KOTA KINABALU: Politik “Wayang Kulit” yang terus menjadi bualan di Sabah mencetuskan polemik berhubung rasional di sebalik penglibatan parti Malaya dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan.

Advertisements

Kontroversi yang menyelubungi isu Anti Parti Malaya telah membawa kepada perdebatan yang ketara terutama di media sosial yang menyaksikan sesetengah individu atau pemimpin mahu UMNO ditolak selain melabelkannya sebagai “parti Malaya” yang tidak sepatutnya campurtangan politik Sabah.

Malah ada gesaan agar rakyat Sabah menolak UMNO atau Barisan Nasional (BN) sepenuhnya dalam PRN akan datang.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tetap optimis gabungan pemerintah GRS dan Pakatan Harapan (PH) Plus akan mengekalkan kuasa selepas pilihan raya negeri akan datang.

Hajiji menyatakan keyakinannya pada Ahad dengan mengambil kira iklim politik semasa di negeri ini dan sokongan yang semakin meningkat daripada rakyat Sabah terhadap kerajaan GRS-PH Plus.

Pemerhati politik Salman Nurillah berpendapat kenyataan Hajiji tersebut sebagai pengakuan tersirat yang telus berhubing peranan PH dalam gabungan pemerintah di Sabah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan terdapat percanggahan di sebalik slogan tolak parti Malaya, kerana PH juga dianggotai tiga parti Malaya—DAP, PKR, Amanah—bersama parti tempatan UPKO.

“Ini mewujudkan landskap politik yang kompleks. Seolah-olah satu tangan menolak parti Malaya manakala sebelah lagi mengalu-alukan mereka,” katanya.

Salman menegaskan adalah penting untuk menjauhi politik “wayang kulit” ini, dengan menyatakan bahawa rakyat Sabah, khususnya generasi muda, tidak lagi mudah ditipu.

Beliau berhujah bahawa jika ahli politik termasuk yang berpengalaman mahu penduduk tempatan menolak parti Malaya termasuk UMNO, mereka mesti terlebih dahulu menunjukkan komitmen mereka dengan menjauhkan diri mereka daripada parti Malaya seperti DAP, PKR, dan Amanah, yang kesemuanya anggota gabungan PH.

“Mereka perlu jujur dan telus dalam perjuangan mereka, dan bukan tutup sebelah mata apabila ada kepentingan politik iaitu parti Malaya menyokong rakan kongsi parti politik tempatan Sabah,” tambahnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles