KUALA PENYU: Usaha memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia perlu bermula dari kawasan kejiranan.
Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, perpaduan boleh disuburkan melalui rasa kasih sayang yang tinggi dalam komuniti setempat.
Beliau berkata, aktiviti kemasyarakatan adalah salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan sesama kaum yang akhirnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
Menurut Awang Aslee pelbagai pendekatan dan program boleh dilakukan oleh komuniti setempat untuk memperkukuhkan semangat perpaduan serta Kerjasama antara program-program gotong royong ,sukan, dan sebagainya ianya merupakan medium terbaik kearah melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
“Kenduri sekampung yang dilaksanakan sempana sambutan bulan ramadan ini, merupakan salah satu pendekatan positif untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, malah program seperti ini boleh diteruskan bukan hanya sekadar untuk sambutan tertentu,” katanya ketika berucap merasmikan program kenduri sekampung sempana sambutan bulan Ramadan di masjid Al-Kuthar Tenembak dekat sini hari ini.
Hadir sama Naib Ketua Umno bahagian, Md Rashid Hj Mathon, Setiausaha Umno bahagian Abdul Rahman Taib, Ketua Wanita Juriffah Safflie , Naib Ketua Wanita Umno yang juga Ketua PDM Tenembak Norjanah Saban Ketua Puteri Umno bahagian Beaufort Munira Sarrie dan Pengerusi Masjid Al Kauthar Rahmatdillah Rahman
Menurut Awang Aslle yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Giat Mara Parlimen Beaufort, apabila anggota masyarakat sudah terbiasa berjumpa dan bergaul hubungan yang terjalin semakin erat dan menjadikan mereka seperti sebuah keluarga besar yang saling memerlukan.
Awang Aslee menambah sebagai sebuah oragnisasi parti ,Umno sentiasa menyokong dan menitikan beratkan soal perpaduan dalam setaip program dan pendekatanya kepada Masyarakat.
“Dalam gerak kerja serta pendekatan Umno kepada masyarakat walaupun berbeza bangsa dan agama, tetapi Umno tiada masalah untuk berkomunikasi dan mengenepikan perbezaan dan mencari titik persamaan dalam semua perkara,” katanya..
Dalam pada itu, Awang Aslee berkata Umno bahagian Beaufort juga sepanjang bulan Ramadan ini telah menyusun atur programnya untuk melawat kebeberapa buah masjid dan surau yang telah dijadulkan dalam program ziarah ramadan dimana selain majlis berbuka puasa, solat berjemaah maghrib,isya dan tarawaih Umno bahagian juga akan menghulurkan sumbangan kepada golongan fakir miskin.