Inisiatif ‘Masjid Angkat’ bantu sokong pemulihan klien AADK

TAWAU: Program ‘psikospiritual’ yang diselitkan melalui inisiatif ‘Masjid Angkat’ di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) diyakini dapat membantu proses pemulihan klien dalam komuniti dan anak kariah yang terlibat dengan dadah supaya mereka berupaya merasai sokongan sosial daripada masyarakat.

Advertisements

Menurut Nani Bin Sikin, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah, inisiatif tersebut juga boleh menjadi input asas untuk mengekalkan tahap kepulihan klien khasnya sewaktu dalam tempoh pengawasan dua tahun.

“Pelaksanaan program ‘Masjid Angkat’ dalam komuniti berupaya meningkatkan kepercayaan masyarakat setempat sekaligus mengurangkan stigma negatif terhadap klien khususnya mereka yang mengikuti program ‘Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti’ (RPDK) AADK.

Katanyq penglibatan Jawatankuasa Pengurusan Masjid dalam agenda itu mampu memperkasakan program keagamaan dan kerohanian sekaligus melancarkan lagi program pencegahan dadah dalam komunit.

Nani berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ‘Masjid Angkat’ Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Semasa Tawau Tahun 2024 kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Hidayatul Iman, Merotai Besar, Haji Ramli Bin Basri.

Hadir sama di dalam majlis tersebut ialah Albert Tian, Penolong Pengarah AADK Sabah, Nooraini Binti Abdul Rashid, Ketua Daerah AADK Tawau dan Mohd. Zaki Harry Susanto, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Tawau.

“Masjid Hidayatul Iman, Merotai Besar, Tawau adalah masjid ke-2 di negeri Sabah dipilih sebagai ‘Masjid Angkat’ AADK Sabah selepas Masjid Kg. Kota Ayangan, Keningau.

“Pemilihan kedua-dua masjid adalah disesuaikan dengan KBT semasa tahun 2024 iaitu di Tuarid Taud, Keningau serta Merotai, Tawau,” tambah Nani lagi.

Seramai 120 orang klien dalam komuniti JKPD Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Kalabakan terlibat dengan program murni itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles