TUARAN: Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) akan menganjurkan Hari Terbuka Petanah sempena sambutan Tadau Kaamatan di kawasan Tagal/Tamu Tamparuli selama dua hari bermula 6 Mei depan.
Presiden Petanah Gaibin Ransoi berkata Hari Terbuka Petanah itu, antara lain, bertujuan memberi peluang pada ahli-ahli Petanah menjual hasil pertanian dan ternakan.
“Sempena hari terbuka ini yang diadakan selama dua hari, kita adakan pelbagai acara menarik akan diadakan, termasuk pameran produk pertanian, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Gaibin berkata pihaknya menjangkakan lebih 100 gerai akan disewa oleh ahli-ahli dengan kadar yang berpatutan.
Katanya Hari Terbuka Petanah itu beroperasi antara 7 pagi hingga 6 petang.
Sehubungan itu, Gaibin mempelawa orang ramai, khususnya dari Kiulu, Tamparui dan Sulaman supaya datang beramai-ramai bagi memeriahkan program hari terbuka itu.