Kemas berjaya mentransformasikan masyarakat luar bandar: Nik Mohd Nadzri

KENINGAU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dilihat telah berjaya mentransformasikan masyarakat luar bandar khususnya di Sabah bukan sahaja dalam pembinaan modal insan tetapi dapat merubah landskap sosio ekonomi rakyat luar bandar melalui pelbagai program yang dilaksanakan.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Mohd Zawawi berkata, dalam pembinaan modal insan pengwujudan sekolah Tadika Kemas hampir di seluruh kampung telah memberikan peluang kepada masyarakat khususnya golongan B40 menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.

“Kewujudan Tadika Kemas telah memberikan peluang kepada golongan B40 menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal dimana kurikulum pendidikanya tidak jauh bezanya dengan sekolah sekolah tadika lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat KEMAS daerah Keningau di Pejabat Umno bahagian Keningau baru-baru ini.

Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pegawai KEMAS Daerah Keningau Haini Karno yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita Umno bahagian Keningau Siti Noor Zati Datuk Sairin, Pegawai-pegawai KEMAS Daerah Keningau dan ahli jawatankuasa Umno Bahagian Keningau.

Dalam pada itu, Nik Mohd Nadzri berharap peranan dan fungsi (KEMAS) yang ditubuhkan sejak 1961 perlu diselaraskan dengan jangkaan dan keperluan Masyarakat serta kehendak Kerajaan masa kini.

Katanya, setiap anggota KEMAS perlu menghayati falsafah,dasar dan aspirasi Kerajaan yang kemudianya disampaikan kepada Masyarakat luar bandar dengan harapan mereka turut merasi aspirasi tersebut.

“Warga Kemas perlu melakukan perubahan, fleksibel dalam setiap tindakan serta memberi fokus sepenuhnya terhadap penyampaian perkhidmatan yang terbaik selaras dengan aspirasi jabatan sebagai penggerak kesejahteraan masyarakat luar bandar,”katanya

Menurut Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah Peranan warga Kemas bukan sahaja perlu aktif mendapatkan pelbagai isu masyarakat untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib lebih daripada itu, anggota Kemas juga adalah orang yang tepat dalam menyebar luas maklumat berkaitan dasar-dasar Kerajaan.

Nik Mohd Nadzri berkata, UMNO bahagian Keningau sedia berkolaborasi bersama KEMAS untuk mengadakan sebarang bentuk program terutama dalam program pembinaan modal insan melalui perlaksanaan kursus-kursus kemahiran samada jangka pandek atau jangka Panjang.

Menurut beliau bagi memberikan kemahiran kepada masyarakt program-program yang pernah dikendalikan KEMAS sebelum ini seperti bidang masakan, jahitan, seni tangan, komputer dan dandanan dapat diteruskan bagi membantu golongan sasar untuk menjana pendapatan menerusi bidang kemahiran.

“Kita mahu program yang dikendalikan KEMAS ini sentiasa relevan dan membantu ke arah untuk memberikan perkhidmatan dan kemahiran kepada masyarakat luar bandar untuk menimba ilmu dalam lima bidang terbabit sekali gus melalui kemahiran ini mereka boleh menceburi bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf siso eknomi rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles