Jentera UMNO jangan berdiam diri, bertindak agresif hadapi serangan provokasi di media sosial – Busiau

KENINGAU ; Jentera UMNO tidak wajar berdiam diri sebaliknya perlu bertindak lebih agresif dan bersuara khususnya menghadapi pelbagai serangan terhadap institusi dan kepimpinan UMNO.

Advertisements

Ketua UMNO bahagian Pensiangan Busiau Ampirak berkata, menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) yang diadakan paling lewat tahun depan UMNO khususnya di Sabah berhadapan dengan pelbagai serangan provokasi,cemuhan dan fitnah yang dimainkan di media sosial oleh tentera siber (Cybertroopers) pihak lawan.

Menurut beliau mutakhir ini media sosial dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak lawan menyerang UMNO dalam usaha mereka menutup segala kelemahan terutama dalam mengekang kemarahan rakyat terhadap beberapa isu berkaitan isu pembangunan ,kos sara hidup yang mana UMNO dan kepimpinanya dipersalahkan.

“Dalam dunia tanpa sempadan ini dan rakyat kini celik teknologi maklumat (IT) dengan penggunaan dunia digital mula bersuara dengan menjadikan medium media sosial untuk menzahirkan rasa ketidakpuasaan mereka terhadap kerajaan negeri yang gagal membawa pembangunan sebagaimana yang dijanjikan, bagaimana pun bagi menutup kelemahan mereka, UMNO yang dipersalahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Kursus Media dan Tik Tok anjuran Pergerakan Puteri UMNO bagi Zon 4 di sini baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Nurul Amal Mohd Fuzi dan Ketua Puteri UMNO Sabah Ummi Nabilah Datuk Jamal

Menurut Busiau persoalan serta tohmahan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu adalah untuk mengelirukan pemikiran rakyat disamping usaha untuk merosakan imej dan kekuatan UMNO.

“Kita perlu jawab dalam pelbagai ruang medium media…TikTok, komen-komen dan sebagainya… ini sahaja peluang untuk kita sama-sama kukuhkan parti. Ini peluang kita bangkit Kembali mengambilalih kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Busiau memuji usaha yang dilakukan oleh Puteri UMNO yang menganjurkan kursus tersebut yang menurut beliau akan memberikan ilmu dan nilai tambah dalam menghasilkan karya karya baru di media sosial yang lebih kreatif dan menarik kontennya untuk dibaca dan ditonton oleh Masyarakat.

“Saya harap peserta akan memanafaatkan ilmu yang diperolehi dan dikembangkan di peringkat akar umbi biar penggunaan media sosial ini lebih meluas dan dalam masa yang sama kita dapat menyebarluaskan maklumat dasar dan perjuangan parti selain program-program yang UMNO laksanakan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles