UMNO Sabah tumpu perkuatkan parti sebelum fikir soal gabungan politik – Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan memperkukuhkan parti di semua peringkat sebelum memikirkan soal kerjasama bersama parti gabungan lain bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ke arah itu, UMNO Sabah akan mengadakan siri jelajah UMNO ke seluruh bahagian di negeri ini bermula awal Febuari ini.

“Kita bagi keutamaan terlebih dahulu soal kekuatan parti, siri jelajah ini akan memantau dan melihat sendiri kekuatan parti dari segi persediaan disamping menjelaskan isu-isu semasa kepada ahli di peringkat akar umbi,” katanya ketika ditemui di pejabat perhubungan UMNO Sabah pada Selasa.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas isu kerjasama bersama gabungan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang selain dikaitkan dengan isu pergolakan UMNO Sabah.

Menurut Bung, UMNO Sabah mengalu-alukan soal kerjasama bersama parti gabungan lain bersandarkan kepada prinsip menghormati perjanjian satu sama lain bukan sahaja memberikan manfaat kepada parti tapi rakyat Sabah secara keseluruhanya.

“Kita banyak belajar dari proses gabungan sebelum ini jadi perkara ini turut mematangkan UMNO Sabah untuk mengambil sebarang keputusan yang penting, namun sekarang UMNO Sabah perlu diperkuatkan,” jelas Bung.

Tambah Bung, Presiden UMNO sendiri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menjelaskan soal gabungan dengan parti lain hanya akan ditentukan selepas Dun Sabah dibubarkan.

“Kita tunggulah selepas pembubaran dan UMNO Sabah mengakui memang ada parti lain yang berminat untuk bergabung bersama UMNO ,tapi semua ini akan kita muktamadkan selepas Dun Sabah bubar dan bergantung kepada persefahaman kesetiaan persefahaman dan keikhlasan untuk memperjuangan masa depan rakyat Sabah,” katanya.

Ketika diminta mengenai isu pergolakan UMNO Sabah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga tular di beberapa protal dalam talian Bung berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menjelaskan lawatan beliau ke Sabah baru’baru ini atas urusan lawatan kerja rasmi tidak berkaitan dengan isu menyelasaikan isu pergolakan Umno Sabah yang digambar gemburkan oleh pihak tertentu.

“Menjadi rutin apabila Presiden parti ke Sabah, beliau(Zahid) akan memgambil peluang berjumpa dengan pemimpin UMNO Sabah dalam majlis ramah mesra selain membincang isu isu semasa terutama persediaan parti menghadapi PRN akan datang,” jelas Bung

Sehubungan itu Bung mengajak seluruh ahli UMNO Sabah agar tidak mudah mempercayai isu pergolakan yang dicetuskan oleh pihak lain yang bertujuan untuk melemahkan kesatuan UMNO dii negeri ini.

“Sebagai pemimpin dan ahli UMNO kita lebih tahu apa yang berlaku di dalam rumah kita sendiri ambaikan cakap-cakap kosong yang hanya presepsi dari luar yang tujuannya melemahkan kita (Umno), tumpuan kita ialah bersatu perkuatkan jentera parti di semua peringkat,” tegas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles