Petanah Mahu Kerajaan GRS pertimbang buka semula Pejabat Cawangan Jabatan Pertanian Kiulu

TUARAN: Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah) mengesyorkan kerajaan GRS supaya membuka semula pejabat cawangan Jabatan Pertanian Kiulu yang diberhentikan operasinya lebih tiga dekad yang lalu.

Advertisements

Presiden Petanah Gaibin Ransoi berkata pewujudan semula pejabat Jabatan Pertanian itu wajar diberi perhatian memandangkan isu keterjaminan makanan kini menjadi antara agenda yang diberi keutamaan oleh kerajaan.

Beliau berkata ini berikutan ketidaktentuan bekalan dan kenaikan harga bahan makanan, terutama yang dimport.

Dalam hal ini, Gaibin berkata Petanah berpendapat sudah tiba masanya operasi pejabat cawangan jabatan pertanian kiulu dihidupkan semula.

“Saya melihat masih ramai penduduk kampung yang memerlukan bimbingan cara menanam pelbagai tanaman pertanian dengan cara betul, termasuk durian Musang King yang biasanya memberi pulangan yang lumayan.

“Difahamkan, ada yang cuba menanam Musang King tetapi tidak menjadi kerana kurang pengalaman daripada penjagaan. Oleh itu, penempatan pegawai pertanian terlatih di Jabatan Pertanian Kiulu adalah satu opsyen terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gaibin juga mencadangkan agar Adun Kiulu dan anggota Parlimen Tuaran memperuntukkan sedikit bajet Adun dan MP untuk tujuan pembelian bibit-bibit durian bermutu tinggi, termasuk Musang King untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung berstatus miskin tegar atau B40 buat permulaan dalam usaha untuk menambah pendapatan mereka, sekali gus membebaskan Kiulu daripada cengkaman miskin tegar.

“Tidak dinafikan masih ada kedengaran anak-anak Kiulu yang tidak dapat menghadiri konvokesyen yang diadakan di luar Kiulu kerana tiada duit “tambang” kereta.

“Sebab itu, sudah tiba masanya untuk memikirkan sesuatu di luar kotak untuk menangani masalah kemiskinan seumpama ini dan salah satu pilihan ialah memberi mereka modal pertanian, terutama bibit-bibit hasil pertanian yang sesuai di Kiulu supaya dalam jangka panjang isu kemiskinan tegar dapat dibereskan,” katanya,

Menurut Gaibin, pembukaan semula Jabatan Pertanian Kiulu wajar dan tepat pada masanya memandangkan Kiulu kini berstatus Daerah Kecil.

Beliau juga berpendapat apabila Lembaga Padi Sabah (LPS) yang dihidupkan semula beroperasi sepenuhnya, daerah kecil Kiulu mungkin pejabat cawangan LPS boleh dipertimbangkan untuk diwujudkan memperhebatkan lagi penanaman padi, khususnya padi bukit.

Sementara itu, Petanah menyambut baik dan menghargai inisiatif serta pendekatan Kerajaan Madani berhubung penwujudan Sistem pengkalan Data (PADU) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“PADU sangat wajar dilaksanakan bagi mengurangkan keteresan Wang Negara selaras dengar dasar Kerajaan berjimat cermat setiap perbelanjaan yang dikeluarkan,” katanya.

Gabin berkata dengan terlaksana PADU itu, ia dapat memastikan rakyat yang berpendapatan rendah tidak tercicir dari pemberian bantuan subsidi memandangkan kos Sara hidup semakin tinggi, dan dalam masa yang sama penerima subsidi yang berpendapatan tinggi dapat dkenalpasti.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri membela nasib rakyat, terutama golongan berpendqpatan rendah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles