Persatuan Pengguna sambut baik ketegasan kerajaan GRS tuntut kembalikan kuasa outonomi kawal selia bekalan elektrik

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyambut baik ketegasan Kerajaan GRS menuntut kerajaan persekutuan mengembalikan kuasa autonomi mengawal selia bekalan elektrik kepada kerajaan negeri. I

Advertisements

Presidennya David Chan berkata
isu itu merupakan perkara yang sudah lama tertunggak, terutama daripada segi pengurusan bekalan elektrik di Sabah.

“Hari ini adalah sejarah yang bermakna bagi Sabah untuk menyaksikan kuasa minyak, gas dan elektrik berada di bawah kerajaan Sabah.

“Langkah ini tepat pada masanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan elektrik di sabah. Pada masa akan datang, saya percaya pengguna akan mendapat manfaat,” kata David dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah berkaitan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan.

RUU berkenaan membabitkan RUU Bekalan Elektrik 2024, Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024.

Ketiga-tiga RUU itu memberi ruang kepada Sabah untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Sabah merancang untuk mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepenuhnya dalam tempoh tujuh tahun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles