UMNO Sabah ada kuasa autonomi tentukan kerjasama pada PRN Sabah akan datang – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : UMNO Sabah diberikan kuasa autonomi bagi menentukan sekali gus membentuk pakatan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed berkata, perkara ini penting bagi memberi jaminan kepada UMNO Sabah akan dapat terus memberikan khidmat bakti serta memperjuangkan nasib rakyat khususnya di negeri Sabah.

“Secara tulen atau dalam erti kata lain….Adalah tidak menjadi salah apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin hadir dalam program Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Parti Warisan (Warisan) diadakan semalam.

“Saya rasa ini tidak salah, biar pun ada parti itu yang baharu mengadakan (AGM) hanya menyatakan dua gabungan ini akan dibentuk menjelang kerjasama pada PRN Sabah akan datang.

“Ketika Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, mempersoalkan kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak memberi kesan kepada kerajaan perpaduan adalah kenyataan adalah tidak tepat sama sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jeffrey Nor yang juga Ketua Bahagian UMNO Putatan berkata, sepatutnya Armizan selaku Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melihat perkara ini dalam konteks lebih luas kerana UMNO Sabah dijemput secara rasmi hadir ke persidangan Agung Tahunan parti Warisan.

“Kami (UMNO) yang mendukung serta menyokong kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan yang mana parti Warisan juga sama menyokong kerajaan perpaduan dalam kerajaan persekutuan.

“UMNO Sabah tidak melenting, kerana kami mahu jaga kestabilan politik…Jadi apa yang berlaku ini dengan kehadiran Bung Moktar semalam bukanlah dilihat untuk mengugat kestabilan politik di Sabah, tetapi hanya meraihkan jemputan sahabat yang bersama-sama mendukung kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan,” jelas Jeffrey Nor.

Menurut Jeffrey Nor lagi, dengan erti kata lain kehadiran UMNO Sabah perlu dilihat secara lebih positif oleh parti-parti lain yang mendukung kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Biarpun ada sebuah parti yang bersama-sama mendukung kerajaan perpaduan mengadakan AGM di SICC baru-baru tidak menjemput kami dari UMNO Sabah.

“Kalau saudara Armizan mengatakan bahawa kebersamaan kita dalam kerajaan perpaduan….Saya ingin tanya beliau (Armizan) mana buktinya kebersamaan itu di peringkat negeri Sabah,” ujar Jeffrey Nor.

Sekiranya jika pecahan dilakukan di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), menurut Jeffrey Nor, ada kalangan parti yang menyokong kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan duduk di kerusi pembangkang malah ada juga duduk di pihak kerajaan.

“Jadi mana kebenaran kenyataan dikeluarkan oleh Armizan.

“UMNO Sabah dan UMNO Malaysia menjadi ‘major coalition’ di persekutuan sudah terbukti dari awal bersama-sama menyokong kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik adalah menjadi keutamaan UMNO.

“Peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Armizan sehingga beliau menjadi menteri penuh seharusnya perlu memahami bagaimana tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang ada pada hari ini,” tambah Jeffrey Nor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles