UMNO minta kerajaan GRS baiki segera beberapa jalan kampung rosak teruk di Keningau

KENINGAU: UMNO bahagian Keningau mengesa kerajaan khususnya Jabatan yang berkaitan agar turun padang meninjau beberapa batang jalanraya di daerah itu yang mengalami keroskan yang serius sehingga membebankan penduduk kampung yang saban hari melalui jalan berkenaan.

Advertisements

Ketuanya Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, hasil pemantauan dalam program turun padang UMNO bahagian itu, mendapati banyak jalan-jalan kampung yang mengalami kerosakan sehingga menyulitkan kenderaan kecil melaluinya.

Katanya antara jalanraya yang dikenal pasti mengalami keroskan yang agaK kritikal ialah di kampung Gaulan Keningau dimana jalanraya ini tidak diselengara menyebabkan ia berlubang-lubang dan sukar dilalui oleh kenderaan.

“Hari ini apabila menerima aduan penduduk kampung, saya bersama jawatankuasa UMNO bahagian turun padang bagi melihat kerosakan yang diadukan dan tindakan awal yang boleh kita lakukan ialah menghantar bantuan beberapa lori batu kritikal bagi membaiki segara keroskan jalanraya ini terutamanya lubang-lubang besar yang membahayakan kepada pengguna,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kampung tersebut.

Menurut Nik Mohd Nadzri samada jalanraya itu dibawah kendalian Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan atau pihak konsesi yang sudah dilantik, tindakan segara perlu dilakukan untuk memperbaikinya bukan sahaja untuk keselesaan penduduk kampung yang saban hari melalui jalanraya tersebut tetapi juga melibatkan aspek keselamatan pengguna.

Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah berkata UMNO yang sentiasa menguatamakan masalah rakyat sentiasa cakna kepada isu yang dihadapi oleh rakyat selain menghulurkan bantuan awal masalah rakyat juga akan disampaikan kepada kerajaan untuk tindakan susulan.

“Saya minta pemimpin masyarakat kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung termasuk Ketua-Ketua Cawangan UMNO bukan sahaja peka dengan isu atau masalah rakyat tapi dapat menyampaikan melalui saluran yang tepat agar masalah yang dhadapi oleh rakyat dapat diambil tindakan segera,” katanya.

Selepas melawat keroskan jalan tersebut Nik Mohd Nadzri bersama rombongan meneruskan program turun padang dengan melawat dan menyampaikan bantuan seorang warga emas di kampung tersebut dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada komuniti Gereja Kampung Gaulan yang diterima oleh David Liew yang mewakili jawatankuasa gereja Kampun Gaulan untuk melaksanakan program mereka terutama menjelang sambutan Hari Krismas tahun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles