Belia wajar rebut peluang ceburi bidang TVET – Azuwan Marjan

KOTA BELUD : Golongan belia perlu merebut peluang menceburi bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana kursus ditawarkan disesuaikan mengikut keperluan pasaran guna tenaga sekali gus menjamin peluang pekerjaan pada masa depan.

Advertisements

Ketua UMNO bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, kebolehanpasaran graduan TVET mencapai tahap sehingga 92.5 peratus ,ini membuktikan bidang itu melahirkan ramai belia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam industri

“Golongan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahu pun yang tidak memiliki sijil berkenaan dialu-alukan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET dimana banyak institut yang menyediakan kursus-kursus kemahrian antaranya Pusat Giat MARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahitan Belia Negara,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Giat MARA Kota Belud pada Rabu.

Lawatan itu merupakan lawatan pertama sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat MARA Kota Belud bulan lepas.

Ketibaan Azuwan bersama rombongan disambut Pengurus Pusat Giat MARA daerah Kota Belud Muliana Tawakim dan kakitangan Pusat Giat MARA Kota Belud.

Menurut Azuwan pelajar lepasan TVET tidak perlu bimbang tentang peluang pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan latihan ,dimana peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang Kemahiran dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 35 peratus tenaga kerja bekemahiran tinggi menjelang tahun 2030.

“Bagi graduan TVET yang menamatkan kursus mereka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan izajah juga terbuka luas yang disediakan oleh institut kemahiran terpilih untuk mereka meneruskan pengajian,” katanya.

Azuwan berkata di Pusat Giat MARA pelbagai kursus disediakan antaranya Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Industrial Maintenance, Teknologi Automotif,Pendawai Elektrik Graphic Design and Anvertising dan lain-lain.

“Golongan belia mempuyai banyak pilihan kursus yang sesuai dengan minat mereka yang disediakan di Pusat Giat MARA ,dimana hampir seluruh kawasan Parlimen di negeri ini mempunyai Pusat Giat Mara Sendiri yang membuka ruang dan peluang kepada golongan belia khsusnya di luar bandar memperolehi Kemahiran dalam bidang TVET” katanya.

Ketika ditanya ada pihak yang mempertikaikan pelantikan sebilangan Ketua UMNO bahagian menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat Mara, Azuwan berkata isu ini tidak seharusnya timbul kerana pelantikan tersebut sebagai satu amanah serta tanggungjawab untuk memperkasakan instiut kemahiran di negara ini.

“Sebagai pemimpin menjadi tanggungjawab kita bersama membantu usaha kerajaan memperkasakan sektor Pendidikan di negara ini termasuk dalam bidang Kemahiran jadi pelantikan ini tidak sewajarnya dipolitikkan ,” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles