Suhaimi nafi dakwaan ADUN Sindumin, Ketua-Ketua Bahagian UMNO dilantik sebagai Penyelaras Pusat Giat Mara

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Suhaimi Nasir menafikan dakwaan ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob bahawa Ketua-Ketua Bahagian UMNO diantik sebagai Penyelaras Pusat Giat Mara.

Advertisements

Suhaimi yang juga Ketua Bahagian UMNO Libaran berkata beliau sendiri pun tidak pernah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Giat Mara di kawasan di Libaran.

“Kenyataan dibuat oleh YB Sindumin satu fitnah..fitnah di dalam Dewan ini yang tidak bermakna.

“Saya minta beliau (Yusof) menarik balik kenyataan ini,” katanya ketika Yusof membahaskan Belanjawan 2024 Negeri Sabah di Persidangan DUN Sabah, hari ini.

Sebelum itu, ADUN Tungku Assafal Alian meminta Yusof menjelaskan kenyataan itu dengan lantikan beberapa pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Sabah.

Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, ADUN Lamag mempersoalkan Yusof membuat dakwaan itu berasaskan petikan kenyataan akhbar Setiausaha Agung UMNO.

“Bolehkah kenyataan akhbar diguna pakai dalam Dewan ini..Kalau boleh kita gunalah.

“Saya percaya YB Sindumin faham.. jangan jadi orang kurang bijak dalam dewan ini,” tegas Bung Moktar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles