Penubuhan semula Pengakap Sempadan Sabah wajar diberi keutamaan, dilaksanakan – Zaki Susanto

KOTA KINABALU: Kenyataan media oleh Ketua Menteri Sabah Haji Hajiji Haji Noor, untuk mengkaji penubuhan semula Pengakap Sempadan Sabah harus diberikan keutamaan dan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Advertisements

Penubuhannya kelak akan menjadi pelengkap kepada kelompangan yang berlaku di kawasan sempadan darat negeri Sabah selain memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sabah khasnya kepada mereka yang tinggal di kawasan sempadan negeri.

Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS),
Mohd Zaki Harry Susanto, berkata tidak timbul isu pertindihan fungsi atau peranan kerana ia bakal mengurangkan kebergantungan kepada agensi penguatkuasaan lain.

Malah, katanya ia boleh bersama-sama menjadi barisan hadapan di kawasan sempadan darat negeri kerana dianggotai oleh mereka yang mempunyai pengetahuan luas berkenaan selok-belok ilmu hutan di Sabah.

“Apabila kita melihat penguatkuasaan di kawasan perairan negara, terdapat beberapa agensi yang dipertanggungjawabkan seperti Tentera Laut, APMM, Pasukan Polis Marin selain PGA. Kesemua mereka melaksanakan tugasan yang hampir serupa dan hanya dibezakan dengan jarak lokasi dari pantai iaitu dengan mengambilkira batu nautika.

“Pendekatan yang sama boleh diambil di kawasan sempadan darat Sabah iaitu sama ada Pengakap Sempadan Sabah bertugas secara bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain ataupun boleh diberikan tanggungjawab serta kuasa khusus dengan mengambilkira radius garis sempadan yang sebenar.

“Ia boleh diaturgerak untuk kerja rondaan dan kawalan sempadan, tugas-tugas risikan, pengumpulan maklumat keselamatan maupun pelaksanaan operasi melibatkan jenayah rentas sempadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Mohd Zaki turut mencadangkan ia dijenamakan semula supaya tidak dilihat masih terikat dengan organisasi yang telah dibubarkan pada tahun 1986.

Katanya tarafnya perlu diletakkan setanding dengan agensi penguatkuasaan lain supaya semua anggota mempunyai kuasa menahan, memeriksa, menangkap, menyiasat dan mendakwa ketika bertugas.

“Mereka juga harus mempunyai identiti serta struktur tersendiri dan diketuai oleh individu yang mempunyai latar perkhidmatan dengan agensi penguatkuasaan atau pasukan keselamatan.

“Malah, ia perlu diletakkan secara langsung di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah supaya semua perkembangan semasanya sentiasa selari dengan dasar, visi serta misi kerajaan negeri,” katanya.

Menurur Mohd Zaki penubuhannya yang berstatus kelak bakal membawa manfaat bukan hanya kepada negeri Sabah malah kepada negara.

“Ia tidak boleh dilengah-lengahkan sebagai persediaan untuk mendepani semua bentuk cabaran khasnya apabila negara jiran memindahkan ibu negara mereka ke Nusantara, Kalimantan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles