Sistem pendidikan negara perlu sentiasa dinamik dan progresif seiring peredaran zaman – Salleh

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat sistem pendidikan negara perlu sentiasa dinamik dan progresif serta bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Advertisements

Dalam hal ini, beliau berkata langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai kayu ukur kompetensi anak-anak di sekolah adalah wajar dan tepat pada masanya.

“Murid didedahkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), yakni murid dapat berfikir di luar kotak pemikiran yang mampu menjawab soalan-soalan yang tinggi arasnya.

“Dengan kata lain, kita perlu melahirkan murid-murid yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta,” katanya.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata demikian ketika berucap pada Majlis  Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Pekan  II, di sini hari ini.

Beliau berkata sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa pula perlu digalas oleh semua pihak khususnya warga pendidik.

Oleh itu, katanya para pendidik perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan khususnya ketika negara bakal melangkah ke arah Revolusi Industri (I.R 4.0).

Mengambilkira perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Salleh berkata warga pendidik perlu berlari pantas melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT bagi membolehkan para pendidik mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles