Pimpinan parti komponen GRS, Kerajaan Perpaduan diseru tolak dakwaan ketua cabang PKR Pensiangan

Kenyqtaan media Ag. Azuan bin Pg. Hamzah, Ketua Pemuda dan seluruh barisan pimpinan sayap
Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Nabawan

Advertisements

KOTA KINABALU: Kami mengambil maklum mengenai kenyataan oleh Raymond Ahuar selaku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan.

Beliau telah membuat laporan kepada pihak SPRM di pejabat SPRM cawangan Keningau pada 24hb Ogos 2023 (Khamis) terhadap ADUN Nabawan Datuk Abd. Ghani Bin Mohd Yassin.

Laporan tersebut mengenai isu tanah yang sebenarnya sudah selesai beberapa bulan yang lalu, malah isu itu sudah dijelaskan semasa sesi sidang DUN Sabah, dan pihak media sudah pun melaporkannya.

Tiada unsur salah guna kuasa untuk kepentingan mana-mana pihak. kami menyeru agar isu ini tidak digembar-gemburkan lagi.

Walaubagaimanapun, pihak kami akan berpegang kepada kedaulatan undang-undang untuk tindakan selanjutnya diambil. Ini disebabkan Ketua Cabang (PKR) Pensiangan telah dengan sengaja mencalarkan nama baik dan reputasi ADUN Nabawan, tanpa meneliti isu tersebut sebelum membuat laporan SPRM.

Sehubungan itu, kami menyeru agar pimpinan parti komponen GRS dan Kerajaan Perpaduan menolak dakwaan ketua cabang (PKR) Pensiangan.

Kami juga menyeru kepada seluruh akar umbi (PKR) Pensiangan dan pimpinan Pusat sebulat suara menolak ketua cabang (PKR) Pensiangan agar digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan berikutan peristasinya yang kurang baik dan khidmatnya yang tidak menunjukkan keprihatinan dan sikap perpaduan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles