Selepas jayakan Program Santai Kaamatan Selangor, Peter Anthony teruskan program turun padang ke DUN Melalap

TENOM: Selepas berjaya menganjurkan Program Santai Kaamatan di Selangor, hari ini Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony meneruskan program turun padang ke kampung Pansailon dekat sini.

Advertisements

Sempena lawatan itu, beliau menyantuni jemaat Gereja SIB Kg. Pansailon.

Peter yang juga ADUN Melalap kemudian menyerahkan sumbangan kerusi untuk kegunaan gereja tersebut.

Beliau juga mengambil peluang meninjau keadaan gereja yang agak usang yang menurutnya memerlukan pembaikan.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, Peter berkata beliau turut melawat
Kampung Pagukon, Tenom bagi menyerahkan sumbangan ikhlas kerusi roda kepada salah seorang warga emas.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles