Lebih 10,000 warga Sabah meriahkan Santai Kaamatan Negeri Selangor

SHAH ALAM: Lebih 10,000 pengunjung yang majoritinya ‘orang Sabah’ membanjiri padang Sri Muda untuk bersama-sama memeriahkan majlis Santai Kaamatan Negeri Selangor di sini hari ini.

Advertisements

Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Pertubuhan KDM Malaysia Datuk Peter Anthony berkata kehadiran jumlah pengunjung yang besar itu jelas memperlihatkan program itu sangat dinantikan oleh warga Sabah yang bermaustautin di negeri itu.

“Saya bersyukur kerana kita pada tahun ini dapat menganjurkan program Santai Kaamatan di negeri Selangor ini dan kehadiran ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama menunjukkan perpaduan rakyat khususnya warga Sabah yang amat kukuh.

“Saya difahamkan ramai orang Sabah yang tinggal atau bekerja di Selangor dan ada yang sudah berada di negeri ini lebih 15 tahun..memang ramai orang Sabah di Selangor,” katanya.

Peter yang juga ADUN Melalap berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis Santai Kaamatan itu yang dirasmikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir pada majlis itu anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Wetrom Bahada.

Bagi memeriahkan lagi program Santai Kaamatan itu, beberapa artis tempatan Sabah diundang membuat persembahan khas, termasuk Francis Landong, Ampal dan George Lian.

Program itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan rakyat Sabah yang berada di Selangor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles