Assafal cuba tutup kegagalan Warisan – Nizam

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak berniat untuk mengelirukan rakyat Sabah mengenai Geran Khas Persekutuan 40 peratus.

Advertisements

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Ketua Menteri telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memperjuangkan hak- hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang merangkumi tuntutan 40 peratus.

Ternyata ADUN Tungku, Assafal Alian cuba mengelirukan rakyat dengan memberikan harapan palsu untuk menutup kegagalan parti Warisan ketika mereka berkuasa, katanya.

Menurutnya Ketua Menteri telah beberapa kali mengulangi Pendirian GRS untuk meneruskan tuntutan 40 peratus di Dewan Undangan Negeri meskipun menerima bayaran pemberian khas RM125.6 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Nizam berkata hasil daripada pembayaran tersebut , telah disalurkan untuk pembinaan rumah mampu milik SMJ di semua 73 kawasan DUN.

@Adakah Assafal cuba mengatakan bahawa Sabah harus menolak RM125 juta itu sedangkan ia telah memanfaat Rakyat berbanding dengan kerajaan Warisan Rakyat yang hanya bersetuju menerima RM53.4 juta sahaja daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nizam berkata ini terbukti dalam ucapan Bajet 2020 Datuk Seri Shafie Apdal pada 15 November 2019 sebagai Ketua Menteri yang mana beliau bersetuju menerima RM53.4 juta.

“Jika Warisan masih berkuasa, Sabah hanya mungkin menerima RM80.1 juta sahaja dan bukannya RM125.6 juta. Mungkin, Assafal harus menjelaskan perkara ini daripada cuba menipu orang ramai tentang isu ini,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata adalah tidak wajar untuk Assafal memutar belit fakta dengan mempolitikkan isu yang gagal ditangani oleh partinya, Warisan. Hajiji, selaku Ketua Menteri telah memberikan Komitmen untuk terus mencari penyelesaian di belakang tabir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles