SEMPORNA: UMNO Sabah tidak akan menghadapi masalah yang besar untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya PRN dalam tempoh terdekat.
Pengarah Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata , walaupun jangkaan PRN akan berlaku kurang dalam tempoh dua tahun dari sekarang namun beliau mengingatkan semua bahagian UMNO di negeri ini bersedia lebih awal menyusun jentera dan gerak kerja yang konsisten.
“Saya katakan tidak bermasalah bagi UMNO kerana kita merupakan sebuah organisasi politik yang berstruktur dari peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan hanya perlu digerakan dan diaktifkan bukan setakat untuk berhadapan dengan pilihanraya tapi kita perlu sentiasa mengemaskinikan jentera yang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sesi taklimat libat urus Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah bagi zon 6 yang melibatkan UMNO bahagian Semponra Kalabakan dan Tawau baru baru ini.
Hadir sama Ketua UMNO bahagian Semporna Abdul Manan Indanan, Ketua UMNO bahagian Kalabakan Samasuddin Yusop, Ketua UMNO bahagian tawau Ghazalie Ansing dan Setiusaha Jabatan Pilihanraya UMNO Sabah Datuk Fadilah Sabri
Menurut Jeffery yang juga Ketua UMNO bahagian Putatan dalam keadaan apa pun UMNO Sabah perlu bersedia lebih awal lagi kerana cabaran pada PRN akan datang akan lebih mencabar ekoran beberapa kenyataan dari beberapa Pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) termasuk Presidenya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sudah bersedia merampas beberapa kerusi DUN dan Parlimen milik UMNO Sabah ketika ini.
“Ini merupakan satu cabaran, UMNO Sabah perlu menyahut cabaran ini kerana kenyataan yang sudah dikeluarkan oleh beberapa pemimpin PGRS ini membuktikan terlalu amat sukar bagi kita membentuk Kerjasama antara PGRS dan UMNO/BN melainkan kepada parti parti lain yang Ikhlas berkerja sama dengan kita,” jelas Jeffery.
Sehubungan itu, menurut Jeffery jika UMNO Sabah mengimpikan kemenangan bermula dari dektik ini pemimpin UMNO di semua peringkat perlu berkerja dalam satu pasukan yang meletakan kemenangan sebagai target utama dalam pilihnaraya akan datang dimana jentera sudah bersedia gerak kerja mendekati akar umbi diaktifkan setiap waktu.
Dalam hubungan yang sama, Jeffery juga mengajak semua kepimpinan UMNO di semua bahagian agar melupakan pergisiran semasa proses mesyuarat bahagian-bahagian baru-baru ini yang mana disetengah bahagian berlakunya pertandingan.
“Kita suburkan proses demokrasi dalam UMNO, pertandingan bagi memilih kepimpinan bahagian proses biasa, sememangnya dalam pertandingan ada kalah dan ada yang menang , yang penting selepas pemilihan kita kembali bersatu, ini kerana UMNO adalah parti kita perjuangan kita demi bangsa,agama dan negara perjuangan seharusnya diteruskan bersama parti keramat yang banyak berjasa kepada negara,” jelas Jeffery.