Sambutan Pesta Kaamatan SK Malangang Baru Meriah

KIULU:Sambutan Pesta Kaamatan peringkat SK Malangang Baru, dekat sini meriah dengan pelbagai acara menarik termasuk Sugandoi, Mr Kaamatan, Unduk Ngadau dan tarik tali.

Advertisements

Pesta Kaamatan yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama SK Malangan, rukun tetangga MANTAP Kiulu dan Persatuan Ibubapa dan Guru.

Sambutan itu diadakan di Dewan Solungkoi, Pusat Kokurikulum Sabah, Kem Malangang, Kiulu.

Guru Besar SK Malangang Baru John Wayne Linggang dalam ucapan alu-aluannya telah menzahirkan setinggi penghargaan kepada AJK pelaksana yang telah menunjukkan komitmen dan kolaborasi tinggi sehingga sambutan pesta kaamatan itu menjadi realiti.

Beliau berkata aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perayaan yang bertujuan mengekalkan budaya tradisi kaum Kadazandusun itu, termasuk amalan mitabang yang sinonim dengan tema pesta kaamatan tahun ini.

Perasmian sambutan pesta kaamatan itu disempurnakan Pengerusi KRT MANTAP Kiulu Encik Ariffin Gadait.

Dalam ucapannya, beliau menekankan perlunya sambutan ini diteruskan dengan kerjasama sekolah, KRT MANTAP dan PIBG.

Beliau juga mengharapkan penggunaan bahasa Kadazandusun dapat dipertahankan agar tidak pupus ditelan zaman.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena pesta kaamatan tersebut termasuk pertandingan Sugandoi, Mr Kaamatan, unduk ngadau, tarik-tali, mongompuri parai dan cabutan tiket bertuah.

Kumpulan penari SK Malangang Baru dibawah bimbingan Cikgu Norhidah Esin dan Cikgu Aliciana T. Bangkuai yang telah mendapat tempat Ketiga peringkat PPD Tuaran dalam pertandingan tarian sempena pelancaran Pesta Menuai peringkat negeri di daerah Tuaran tahun ini telah juga membuat persembahan.

Turut hadir sempena sambutan itu ialah pegawai-pegawai dari pusat Kokum Kem Malangang, Pengerusi PIBG, AJK KRT MANTAP Kiulu, Semua Penolong Kanan, guru-guru, murid-murid dan warga SK Malangang Baru serta ibubapa dan masyarakat di sekitar sekolah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles