Zii Jia mahu berehat seketika

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

Advertisements

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menyertai kejohanan badminton bagi mendapatkan semula motivasi, susulan prestasi merudum dipamerkannya sejak akhir-akhir ini.
Zii Jia yang tewas seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 hari ini, bagaimanapun tidak mendedahkan berapa lama tempoh rehat yang akan diambil oleh beliau.
“Sudah tentu amat kecewa. Saya akan berehat sementara waktu untuk mendapatkan semula motivasi,” katanya kepada pemberita.
Pemain kelahiran Kedah itu ditemui pemberita selepas perlawanan pusingan pertama menyaksikan beliau tewas kepada pemain India, Lakshya Sen 21-17, 21-13 dalam tempoh 33 minit di Stadium Istora Senayan, di sini hari ini.
Minggu lepas Zii Jia turut terkandas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 di Stadium Tertutup Singapura, ditewaskan pemain di ranking lebih rendah, Weng Hong Yang dari China 20-22, 21-16, 19-21.
— BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles