KOTA KINABALU: Pelbagai persatuan dan kelab di Sabah terus aktif dan tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN).
Antaranya ialah Kelab Bola Sepak BMU Kota Kinabalu yang berjaya menganjurkan
Karnival Sukan Bola Sepak Terbuka Belia Kota Kinabalu 2026 di Padang SUKMA A, Likas pada Ahad lepas.
Pengerusi penganjur Ninewjo Newmond berkata sebanyak 16 pasukan menyertai karnival bola sepak itu yang diadakan sempena HSN.
Beliau berkata pasukan Family Team Junior muncul juara pertandingan bolasepak itu manakala pasukan Line Clear meraih gelaran naib juara.
Katanya pasukan Haus Fc dan Pukas Fc berkongsi kedudukan di tempat ketiga.
Ninewjo berkata gelaran Penjaring Terbanyak diberikan kepada Khairul (Family Team Jr) manakala Penjaga gol terbaik dan
Pengurus Pasukan terbaik masing-maaing diraih oleh Hendika (Pasukan Haus Fc) dan Saudin (Line Clear Ft)
Sementara itu, Ninewjo menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pasukan atas kerjasama menjayakan program pengisian Harian Sukan Negara itu di peringkat negeri.
j
