Pusat Kebudayaan Sabah bakal diwujudkan di KK – Christina

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bercadang mewujudkan Pusat Kebudayaan Sabah yang bakal mempamerkan keunikan budaya lebih 35 etnik, sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan negeri.

Advertisements

Menterinya Datuk Christina Liew berkata sudah tiba masanya satu pusat kebudayaan diwujudkan di Sabah bagi mempelbagaikan produk pelancongan.

Beliau berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tapak tanah yang sesuai untuk tujuan itu, khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

“Biasanya destinasi pertama yang pelancong ingin lawati (di sekitar pusat bandar) ialah muzium dan pusat kebudayaan.

“Dengan sokongan kerajaan negeri, kita berharap cadangan mewujudkan Pusat Kebudayaan Sabah ini akan menjadi kenyataan tidqk lama lagi,” katanya.

Christina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Pesta Kaamatan 2023 Kolej Teknologi Yayasan Sabah, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Christina berkata perayaan Kaamatan merupakan wadah terbaik untuk memantapkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles