Gambar Japen
KOTA KINABALU: Komander Eastern Command (KEC), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), YDH DCP Mod Ali Tamby dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Victor Sanjo bertukar tempat, berkuat kuasa hari ini dalam Majlis Serah Terima Tugas KEC yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu.
Ibarat sirih pulang ke gagang, DCP Victor yang berkelulusan ljazah Sarjana Muda
Ekonomi dengan kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dilantik ke jawatan
KEC menggantikan DCP Mod Ali, sebelum ini pernah berkhidmat selama lebih kurang empat tahun di ESSCOM sebagai Timbalan Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/ Teknikal ESSCOM iaitu pada 2015 sehingga 2019.
Memiliki kepakaran dalam bidang siasatan dan teknologi, anak jati Keningau ini merupakan orang Sabah pertama yang diberi kepercayaan ole puck pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagal perintis utama menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Siber (Cyber Crime) dan Unit Forensik Komputer (Komputer dan Telefon bimbit) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman pada tahun 1997.
Beliau vang pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Mutimedia), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil; Pegawai Turus (Police Cyber Investigation and Response Center); Ketua Unit Keselamatan Siber; dan DSP Siasatan Jenayah Komputer, sebelum in dinaikkan pangkat sebagai Deputi Komisioner Polis dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan sejak 15 Mei 2023.
Justeru, melalui perkhidmatan selama lebih kurang 28 tahun dalam PDRM serta pengalaman luas dan kepakaran yang ada, DCP Victor yang gemar turn padang berinteraksi dengan masyarakat setempat ini diyakini mampu meneruskan legasi dan kecemerlangan ESSCOM.
Terdahulu, DCP Mod Ali menggantikan DCP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad yang bertukar keluar ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengambil alih jawatan KEC pada 18 Mei 2023 lalu dan kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Kelantan menggantikan DCP Victor.