Pelajar RMIT Australia teruja berkelah di Sungai Jernih di Pusat Peranginan Tepi Sungai Kandaki Mantob

KIULU: AIir bersih yang mengalir dari banjaran Crocker, persekitaran yang indah dan sejuk pada waktu malam menjadikan pusat pelancongan tepi Sungai Kandaki Mantob tempat yang sangat ideal untuk seisi keluarga dan kumpulan pelajar berkelah terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Advertisements

Malah, kedalaman air yang sederhana di bahagian tepi sungai di pusat peranginan Kandaki juga menjadikannya amat sesuai untuk mandi, selain kejernihan airnya yang luar biasa dan menyegarkan badan.

Tidak harianlah sekumpulan 50 pelajar RMIT Unversity dari Melbourn, Australia memilih untuk berkelah di Pusat Peranginan Tepi Sungai Kandaki di Mantob, dekat sini baru-baru ini.

Rata-rata pelajar terbabit teruja dengan keadaan sungai yang bersih dan kawasan persekitaran yang belum tercemar selain jauh dari kesibukan bandar.

Ketua Kumpulan Pelajar RMIT, Dr Olivia Guntarik berkata budaya kehidupan kaum Dusun dan sungai yang bersih amat mempesonakan pelajar terbabit.

“Saya amat gembira berkunjung ke sini (Mantob)…bukan sahaja berpeluang berkelah di sungai yang bersih dan menikmati sajian makanan tradisional Dusun Kiulu serta persembahan kebudayaan tetapi juga berpeluang menyusuri asal usul ibu saya,” katanya.

Menurut Olivia yang juga pensyarah di universiti berkenaan, kumpulan pelajar RMIT yang kini dalam rangka lawatan sambil belajar itu akan berada di Sabah selama tiga minggu.

“Saya berharap mereka (pelajar) dapat mempelajari sesuatu terutama memahami dan menyelami aspek kebudayaan masyarakat Dusun Kiulu
termasuk musik sompoton dan tarian Sumazau,” katanya.

Pemilik pusat peranginan itu, Tibin Gurin turut menzahirkan ucapan terima kepada ketua rombongan Olivia dan keluarga Moffen Gondoloi yang memilih Kandaki sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka kunjungi semasa berada di Negeri Dibawah Bayu.

Katanya selepas wabak Covid-19 berakhir, aktiviti pelancongan luar bandar kini mula aktif dan berharap momentum positif itu akan berterusan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles