DUN Sabah lulus RUU anti lompat parti

KOTA KINABALU : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 bagi melarang wakil rakyat yang dipilih, melompat parti.

Advertisements

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya mengumumkan perkara itu selepas RUU berkenaan dipersetujui majoriti anggota dewan undangan negeri.

RUU itu dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU tersebut,Hajiji berkata kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

Jelasnya, ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri.

Hajiji berkata RUU ini mengandungi lima (5) fasal termasuk membolehkan mana-mana ahli Dewan Undangan yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Undangan Negeri dan dengan itu kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan bagi tempoh lima tahun tidak lagi terpakai.

Katanya, pindaan itu bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negeri terus berdepan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan.

Terdapat 14 ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan RUU tersebut.

Mereka ialah ADUN Senallang yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, ADUN dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick dan ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking.

Turut membahas RUU itu, ADUN Kunak, Norazlinah Arif, ADUN Tungku, Assaffal P. Alian, ADUN Sri Tanjung, Justin Wong Yung Bin, ADUN Tanjung Aru, Datuk Junz Wong, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Sekong, Alias Sani, ADUN Kuamut, Datuk Masiung Bana, ADUN Telupid, Jonnybone Kurup dan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Enakmen itu mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles