Sambutan Aidilfitri contoh rakyat Sabah pelbagai kaum, agama kekal harmoni, bersatu padu

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi contoh bagaimana rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di Sabah kekal harmoni dan bersatu padu.

Advertisements

Perbezaan fahaman politik juga bukan menjadi penghalang untuk saling menghormati antara satu sama lain.

“Inilah keunikan di Sabah. Berbeza agama kah, berbeza fahaman politik bukan penghalang untuk sama-sama merayakan Aidilfitri,” kata Datuk Johnny Mositun, naib presiden Parti Bersatu Sabah.

Mositun berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan keluarga di kediamannya di Desaria Likas malam ini.

Turut hadir Konsul Jenderal Indonesia
di Kota Kinabalu Rafail Walangitan,
Timbalan Presiden, Persatuan Persahabatan China Sabah Mr Chok Shau Hing dan presiden Sabah China Chamber of Commerce Datuk Frankie Liew serta ahli-ahli kedua-kedua persatuan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles