KOTA KINABALU: Sabah FC berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.
Beraksi dihadapan penyokong sendiri, skuad sang Badak tidak menunggu lama untuk berada didepan menerusi menerusi sepakan penalti Saddil Ramdani pada minit ke-24.
Begitupun, kegembiraan penyokong Sabah hanya bertahan sekitar 26 minit apabila Selangor menyamakan kedudukan 1-1 melalui percubaan Faisal Halim pada minit ke-51.
Bagaimanapun, sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64
memastikan Sabah meraih kemenangan, sekaligus mengutip tiga mata berharga bermain di tempat sendiri.